1. Permohonan Pulang Bermalam (PB) MESTI dipohon oleh Ibubapa /penjaga sahaja. Sekiranya permohonan PB dilakukan oleh pelajar atau disalahgunakan oleh orang lain, tindakan akan diambil berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin MRSM.
2. Permohonan PB pilihan atau PB yang tidak dijadualkan, penjaga perlu memohon selewat-lewatnya TIGA (3) HARI sebelum tarikh Pulang Bermalam (PB). Peraturan ini DIKECUALIKAN untuk PB secara Kecemasan.
3. Permohonan Keluar Ke Bandar (Outing) dan keluar mewakili maktab sahaja boleh dipohon oleh pelajar. Sekiranya penyalahgunaan berlaku, pelajar akan dikenakan tindakan seperti yang digariskan di dalam Buku Panduan Pengurusan Disiplin MRSM.
4. Ibubapa/penjaga dan pelajar hendaklah menyemak status permohonan sebelum keluar, bagi mengelakkan masalah di Pondok Pengawal. Sekiranya masih belum mendapatkan kelulusan boleh merujuk kepada pengurusan maktab dan Ketua Guru Asrama atau Guru Asrama bertugas. |